:: KaSiH iBU ::


Kata orang ibu adalah segal-galanya. Mungkin sesetengah dari kita sudah tidak mempunyai ibu, sedangkan yang masih mempunyai ibu tapi tidak pernah menghargai pengorbanan seorang ibu. Pernah kita berfikir, bertapa peritnya ibu melahirkan kita, membesarkan kita, mendidik kita menjadi insan berguna, sehinggakan kita mampu berdikari. Boleh bergerak ke mana-mana tanpa bergantung kepada ibu lagi sedangkan masa kita kecil, nk berjalan pun kene dipimpin. Tapi kita tak pernah hargai semua itu. Kita bergaduh dengan ibu kerana perkara kecil. Akhirnya si ibu juga yang mengalah walaupun tidak pernah merestui apa yang kita buat. Kasihnya seorang ibu sanggup berkorban untuk anak tapi anak tidak pernah fikirkan semua itu. Masa kita kecil, apa sahaja yang kita mahukan akan sedaya upaya ibu tunaikan tapi semasa kita sudah berkerja tidak pernah kita tunaikan apa yang ibu mahukan. Bukan banyak cuma masa yang si ibu perlukan. Sesudah kita berjaya dengan segala usaha si ibu mendidik kita sehinggakan kita boleh menjawat jawatan yang tinggi dan memperolehi pendapatan yang lumayan tapi pernahkah kita luangkan masa bersama ibu walaupun seminit sehari. Pernah kita rasa beratnya permintaan ibu meminta kita balik ke kampung untuk luangkan masa bersama-samanya, kita memberi seribu alasan sedangkan masa kita sedang menuntut di sekolah ibulah yang bersusah payah menjenguk kita di asrama. Bagi ibu segala-galanya adalah anak. Walaupun ibu tidak sempat menjamah makanan dek kerana menguruskan anak-anak. Rela membiarkan anak makan walhal diri sendiri kelaparan. Pernahkah kita terfikir semua itu. Bertapa dosanya aku seorang anak yang tidak pernah mengenangkan segala apa yang dilakukan oleh seorang ibu. Maafkan anakmu ibu kerana tidak pernah menghargai kasihmu, tidak pernah meluangkan masa bersama semasa ibu masih ada. Baru sekarang anakmu mengerti kasihmu setelah ibu pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya...maafkan anak mu IBU...Maafkan anakmu...Anakmu berdosa padamu...mengapa baru sekarang anakmu mengerti ibu, bukan dari dulu semasa ibu masih dalam dakapanku..ibu, anakmu merinduimu ibu...Ampunilah dosaku Ya Allah, hambamu insan hina penuh dengan kekotoran, malunya hambamu ini Ya Allah meminta denganMu agar dikasihi sedangkan hambamu tidak pernah mengasihi ibu sendiri....Hambamu berdosa Ya Allah..Ampunilah Aku.....

*Sedutan : Derita Anak Ibu

0 Responses

~#HeHeHe...(^-^)...#~