:: CerGaS Di BuLaN RaMaDHaN ::

Bersenam ringan ketika berpuasa

BERSENAM antara aktiviti yang boleh menurunkan berat badan selain mendapatkan bentuk badan menarik. Namun, sepanjang Ramadan, rata-rata umat Islam berhenti seketika melakukan aktiviti riadah dan bersenam berikutan waktu yang tidak sesuai, selain memerlukan tenaga yang banyak.

Ketibaan Ramadan, sebenarnya masa yang sesuai untuk menurunkan berat badan bagaimanapun ia bergantung kepada corak dan cara pemakanan ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak kira bagaimana caranya kita berpuasa, kira-kira 90 peratus daripada kita akan mengalami kekurangan berat badan kerana pengambilan kalori harian lebih rendah daripada biasa.

Bergantung kepada Basal Metabolic Rate (BMR), ada yang mampu menurunkan sehingga 10 kilogram (kg) berat badan tetapi jumlahnya amat sikit. Namun, umat Islam disarankan mengurangkan sebanyak satu kg dalam seminggu atau sejumlah lima kg secara keseluruhan, termasuk melakukan senaman ketika bulan puasa.

Dianggarkan mereka yang berpuasa akan menggunakan kurang 40 peratus kalori daripada biasa. Dalam sehari biasanya umat Islam mengambil tiga hidangan iaitu berbuka puasa, makan tengah malam serta bersahur. Ia bagaimanapun boleh menjana lebih banyak kalori dalam satu hidangan berbanding ketika bukan bulan puasa.

Pakar pemakanan dan juga pelatih peribadi, Kevin Zahri, berkata bagi menjaga kecergasan dan mengekalkan tahap kesihatan badan, senaman masih boleh dilakukan ketika Ramadan tetapi ia harus lebih ringan dan tidak keras seperti biasa, antaranya latihan kecergasan kardiovaskular.

Latihan berkenaan serupa dengan latihan yang dilakukan oleh atlit sukan yang mengalami kecederaan bagi mengekalkan tahap kecergasan.

“Selain itu, senaman lain yang boleh dilakukan ketika bulan puasa ialah berenang, golf, berjoging perlahan, berjalan pantas, tenis atau apa saja latihan yang tidak melemahkan badan. Namun, setiap senaman yang dilakukan kita pasti akan mengalami dehidrasi, jika cecair dalam badan keluar dan akan memburukkan keadaan. Jika anda mengalami tanda awal dehidrasi, letih dan kekurangan air, disarankan berhenti dengan segera,” katanya.

Bagaimanapun, Kevin mengingatkan supaya latihan senaman tidak dilakukan untuk beberapa hari pertama puasa kerana badan belum dapat menyesuaikan dengan proses berpuasa.

Bersenam selepas berbuka? Kata Kevin, ia boleh dilakukan tetapi perlu memberi masa seketika untuk proses penghadaman bergantung kepada apa yang dimakan Jika makan banyak seperti cara bufet, kita memerlukan masa sehingga 60 minit untuk pencernaan tetapi jika makan sedikit dan ia pantas dicerna, mungkin hanya perlu masa antara 20 minit dan 30 minit.

“Kita boleh menekankan latihan berat badan selepas berbuka puasa. Latihan berkenaan memerlukan banyak tenaga yang datang daripada makanan. Tanpa makanan, badan akan memecahkan tisu otot dan tidak akan membantu kerana latihan berat badan adalah latihan untuk membina otot.

“Apa saja yang dilakukan sedikit sebanyak dapat membakar kalori. Antaranya berjalan di bazar Ramadan, membeli-belah, memasak, membersihkan rumah mahu pun bersahur, yang memerlukan kita bangun pagi, memberus gigi, ini juga mampu membakar kalori.

“Solat terawih juga adalah satu senaman yang berkesan selepas berbuka puasa. Melakukan solat terawih sehingga 20 rakaat mampu membakar 80 kalori (bergantung kepada berat badan dan juga tempohnya) selain meluangkan masa dan tenaga dengan berjalan ke masjid mampu membakar lebih kalori dalam badan,” katanya.

Selain bertindak sebagai pelatih peribadi, Kevin yang juga seorang pengacara rancangan turut menawarkan buku elektronik membabitkan pelbagai panduan menurun dan menaikkan berat badan. Maklumat itu juga boleh diperoleh di laman webnya www.kevinzahri.com.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak.

1)Di samping manfaat fisiologi badan,

2)ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi.

3)Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa.

4)Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga
setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.


0 Responses

~#HeHeHe...(^-^)...#~