"Dalam Kita Melangkah Terkadang Diuji Degan Pelbagai Dugaan Sehinggakan Kita Terduduk Dan Menangis Akan Tetapi Ketahuilah Dan Renungilah Ke Dalam Diri Krn Mungkin Air Mata Tika Hadir Krn DIA Mahu Kita Menjahit Kembali Sejadah Iman Yang Telah Terkoyak Lantaran Ada Langkah Kita Yang Tersasar Dari Landasan Keikhlasan"
Dan kata-kata ini lah yg memujuk hati di kala tak mampu bertahan dgn ujianMu.... dari terus berputus asa...dan bertahan dan terus bertahan.... benar....mengadu pd Yang Esa adalah pilihan yg terbaik...Allahurabbi.. semoga ujian ini akan menambahkan lg kekuatan pada hambamu ini...
"Dalam Kita Melangkah Terkadang Diuji Degan Pelbagai Dugaan Sehinggakan
Kita Terduduk Dan Menangis Akan Tetapi Ketahuilah Dan Renungilah Ke
Dalam Diri Krn Mungkin Air Mata Tika Hadir Krn DIA Mahu Kita Menjahit
Kembali Sejadah Iman Yang Telah Terkoyak Lantaran Ada Langkah Kita Yang
Tersasar Dari Landasan Keikhlasan"
Nie smua xtvt mggu lepas yg tak sempat nk update... ni semua gara2 line dah kena block..huhuhu... pertemuan yg tak disangka-sangka.. dulu mak bebudak je yg kawan2... pastu dah kawin..bapak bebudak lak yg kawan2... skrang dah beranak...ank2 lak yg sambung kawan2.. ermm,.alhamdulillah dipanjangkan silaturrahim.. dari berdua sampai dah beramai2...jd satu fmly besar santai di BBB Tomyam, Bangi smbil menjamu perut... yg sememang nyer lapo sesangat2 sbb bru balik dr Nilai... membantu Mak Long yg memborong....termasuk Abah...hihihi.. tp syg nyer Cik Aufa tdo lak..keletihan berjalan2... so tak leh la nk main2 gn Cik Aminatul Khalishah.. y dah lasak..satu table makan dia merangkak..hehehe... mummy aminatul tu sbnarnya kawan lama masa ibu aufa duk bangi dlu... ala....masa zaman bujang2....hehe, tmpt tu la tmpt kenangan kami dlu2 laa... semoga silaturrahim ini berkekalan hingga akhir hayat.. ank2 la pulak y sambung warisan kami ini...aminnn...
Pening kpala fikir...dah berhari2 tak mau susu guna botol... semalam tak hisap susu pun...suruh ateh bg guna sudu.. sikit je minum..byk nyer meleleh kluar ikut tepi.. yg heran nyer tak nangis lak bila lapar.. menangis time nk tido je... keje nyer tido memanjang...susu tak nak.. ish...nk bt pe pun tak tau.. tau la..bila smpai umah terus bangun tdo.. buka mata nangis nak susu..nmpk ibu gn abah... bg direct terus diam...pulun sakan laa jawb nyer... malam tak berenggang..kejap2 nk menyusu.. sayang ibu...camne ni ibu nk keje... :( tak menyusu pun aktif jugak... ermm...tak tau nak bt pe dah... de sape2..blh tlggg?????
~"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya..."~
*********************************~"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya"~
*********************************
~"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"~
Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.
Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.
Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis