:: ?#$* ::


Sometime we feel like that.....

:: QaLaM 2 ::


Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan…..
Iman itu bukan hanya harapan,
ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…


Setiap kita di dunia ini tidak mahu..
memilih jalan yg derita ..
hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.


kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh..bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta


keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..
jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..


zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..
tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..


nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..
tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…
barulah ia bebas melayang…

:: HaPPy HoLiDaYs :: PaRt 1


05062009 - 8.15am - 7.15pm







:: HaPPy HoLiDaYs :: PaRt 2


05062009 - with family








THE END

::PenYiaSat LuAr NeGaRa ::


Kerajaan negeri akan melantik badan perunding bebas dari luar negara yang berkaliber dan berkemampuan dengan segera bagi mengenalpasti punca kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak runtuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, tiba-tiba runtuh dan menimpa beberapa kenderaan berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sedang mencari perunding bebas yang tidak diragui, sebaliknya badan itu dapat diyakini serta berkemampuan termasuk mempunyai prestasi baik, hebat dan berpengalaman dalam menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

Katanya, badan perunding itu tidak diberi tempoh masa tertentu bagi menyiapkan laporan punca kejadian bagi memastikan mereka dapat memberi laporan secara menyeluruh, tepat serta keputusan yang tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Menurut Menteri Besar, Kementerian Kerja Raya turut melantik badan perunding bebas yang berasingan bagi menyiasat perkara itu.

“Kita akan ada dua perunding bebas yang akan menilai (kejadian bumbung runtuh). Sampai satu masa nanti, kita boleh tengok daripada dua ini, kalau ada persamaan, pendapat yang sama boleh terima kalau ada perbezaan mengapa perbezaan ini berlaku supaya lebih selamat dan tidak bergantung kepada satu pandangan perunding sahaja.

“Saya beritahu Dato’ Setiausaha Kerajaan mencari badan perunding yang boleh diharap dan berkemampuan kerana apabila kita buat pemeriksaan, mestilah perunding itu lebih hebat daripada apa yang dia buat,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini, (3 Jun).

Selain itu, Menteri Besar turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat bangunan lain yang baru siap dibina termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Stadium Tertutup Gong Badak dan Kolam Renang di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian itu dan mahu supaya tidakan susulan dilakukan terhadap bangunan baru siap serta dilaporkan mengalami kerosakan bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Dalam mesyuarat exco tadi saya meminta supaya exco kemudahan awam berhubung dengan JKR supaya membuat siasatan terperinci berkenaan bangunan-bangunan yang kita buat,” katanya.

Menteri Besar juga menolak kemungkinan kejadian bumbung runtuh itu berlaku kerana bangunan yang dibuat secara tergesa-gesa, berikutan tempoh masa menyiapkan projek stadium itu adalah mencukupi dan berdasarkan jadual sebenar.

“Kita tidak tahu sama ada kontraktor bersalah, kalau bersalah adakah dia melakukan tidak mengikut spesifikasi, tidak mengikut dari segi teknikal, rekabentuk tidak betul, kiraan tidak betul, atau dari segi badan perunding.Kita tidak tahu terjadi daripada sesiapa dan sebab itu kita mintak supaya siasatan badan bebas dibuat mengenalpasti apakah punca sebenar.

“Kita tidak boleh salahkan sesiapa dan kita terima hakikat ia telah roboh dan perlu adakan badan penyiasat bebas bagi mengenalpasti mengapa ini terjadi,” katanya.

Sedutan Daripada Teg Buletin Terengganu


::KeJaDiaN StAdIuM TrG RuNTuH::




Kita digemparkan lagi dengan berita berkaitan dengan keruntuhan bangunan, sejak akhir-akhir ini banyak kita dengar pasal keruntuhan bangunan yang terjadi di negara kita. Dan tanggal 2 Jun 2009 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Terengganu dan mana-mana pihak terutamanya pihak atasan yang meguruskan pembangunan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu. Bagi pihak JKR Terengganu perkara ini amat memalukan. Stadium yang berusia tidak sampai 1 tahun runtuh jika berbanding dengan stadium lain di negara ini. Mujur tidak ada sebarang kemalangan jiwa hanya sebuah kereta kancil dan motorsikal pekerja sahaja yang rosak teruk. Hampir 60% kerosakkan yang ditanggung akibat keruntuhan itu dan pihak Korea Selatan diarahkan

::CuTi SeKoLaH??? ::


Em hari dah 1 Jun 2009...sedar tak sedar dah setengah tahun berlalu..sekejap je masa berlalu tapi aku rasa banyak benda aku tak laksanakan lagi untuk tahun ini...sekarang ni pun dah masuk musim cuti sekolah...bertambah gembiralah anak-anak buah...dapat bercuti selama 2 minggu..seronok memanjang je bebudak ni...mana y jauh mengambil peluang balik kampung..menjenguk ibu dan bapa...sanak saudara samada yang sihat mahupun yang kurang sihat,,samada yang tua atau yang muda..banyak manfaat dapt diisi di masa tercuti ini...ada sesetengah family mengambil peluang ini pergi bercuti sekeluarga...maklumlah nilah masa untuk bersama..kalau hari biasa masing2 sibuk dgn tugas masing2...paling famous kalau time cuti sekolah...majlis kahwin...fuhh sampai tak terbilang kad jemputan yang dihantar...mahu mengalahkan kad hari raya...dasyhat tul....kalau time camni la juga jalan raya bukan main ramai pengunjung...selalu je jem...itu lah penangan musim cuti sekolah...perlu berhati-hati...budak-budak pun punyai lesen besar...bawa kenderaan pun kene berhati-hati...dan tarikh ini juga family aku mengadakan gathering kecil-kecilan tak la sebesar hari raya...mana yang berkesempatan dapat la datang..boleh la jugak berjumpe mane yang dah lama tak berjumpe tu...tapi gathering sebelah mak sahaja..keluarga ayah ngah & mak ngah, keluarga ayah cik & mak cik dan keluarga ayah da & cek da...kebetulan hari ini ada jamuan sambut menantu kt kampung mak so diaorang dapat la datang...tp aku tak dapat pergi jamuan tu sbb keje...huhuhu...balik just makan nasi kt umah je..lagi pun hari ini satu hari aku kacau seseorang samapi ke petang...huhuhu..boring sangat ..sambil2 siap keje kacau orang...nasib baik orang tak marah....kalau marah padan gam muka aku...huhuhu...emm...tak sedar dah lewat malam...tak perasan syok sgt mencoret memori....k wassalam

~#HeHeHe...(^-^)...#~