: : KeMaNiSaN SoLaT : :



Sungguh Indah Nikmat Solat
Andai Ia Dapat Kita Miliki
Bukan Mudah Mendapat Kemanisan Solat
Kalau Bukan Dari Hati Yang Murni

: : MuHaSaBaH DiRi : :


Kadang-kadang kita terfikir kenapa apa yang kita impikan tidak tercapai,
Kadang-kadang sukar bagi kita hendak menerima ketentuan Illahi,
Terlalu lemah kita sebagai umat yang bergelar manusia,
Terlalu kerdil untuk berfikir semua yang terjadi.

Mungkin kita terlalu banyak dosa,
Mungkin kita alpa dengan nikmat kurniaan Tuhan,
Sehinggakan kita lupa padaNya,
Sehinggakan kita dihukum sebegini.

Terduduk seketika diuji olehMu,
Termenung seketika merenung semua ini,
Terkeduk muka memikirkan keadaan,
Terfikir kita insan yang sangat lemah,
Terlalu lemah hamba mu ni Ya Allah.

Cuba fikir baru diuji sedikit sudah terduduk,
Cuba fikir kesusahan yang dilalui oleh para Rasul dan sahabat,
Cuba fikir kejayaan yang dimiliki oleh Baginda,
Cuba fikir kita baru diuji dengan masalah diri, keluarga n sahabat
Cuba fikir sejauh mana baru kita mencapai kejayaan.

RENUNGILAH BERSAMA-SAMA...

:: THiNkiNg ::


KeNaPa AkU DiUji ?
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta “
(Al-Ankabut : 2-3)

KeNaPa AkU TiDak DaPaT ApA YaNg AkU iDaManKaN ?
“…..boleh jadi kamu tidak meyenangi sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui “
(Al-Baqarah : 216)

KeNaPa UjiAn SeBeRaT INi ?
“ Allah tidak membebani seorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya….. “
(Al-Baqarah : 286)

KeCeWa ?
“ Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman “
(Al-Imran : 139)

BaGaiMaNa HaRuS AkU HaDaPiNya ?
“ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan)dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedia(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu dengan Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)”
(Al-Imran : 200)

“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah bert kecuali kepada orang-orang yang khusyuk “
(Al-Baqarah : 45)

ApA YaNg AkU DaPat DaRiPaDa SeMuA iNi ?

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…..”
(Al-Taubah : 111)

KePaDa SiaPa AkU BerHaRap ?
“ ….Cukup Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal……“
(Al-Taubah :129)

AkU TiDaK DaPaT BerTaHan LaGi !!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir “

:: Untukmu Teman ::


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

:: Qalam 1 ::


Puas aku berfikir...mengapa harus jadi begini, sungai yang tenang tiba-tiba dilanda ribut yang menganas, bertapa cepat air mengalir..tp pe kan daya kita merancang Tuhan yang menentukan...termenung aku memikirkan semua ni, mampukah aku menghadapi semua ini, di saat aku gembira aku diuji dgn dugaan..mampukah aku memikul tanggungjawab ini..terasa berat bahu ini..tp apakan daya..itu sudah menjadi takdir perjalanan hidup aku...akan ku kuatkan semangat melalui semua dugaan ini demi masa depan.

Aku memikirkan apa yang terjadi pada diri ini sebagai rahmat dari Illahi untuk menguatkan lagi ketakwaan aku kpd-Nya, mungkin apa y terjadi pada aku cuma perkara kecil, mungkin ada insan lain yang lebih menderita dari diri ini...lebih berat diuji oleh Allah...kita sebagai umat harus tabah melalui semua ini, yang pasti setiap kejadian pasti ada hikmah, cuma kita manusia biasa tidak dapat melihat semua itu, andai diberi izin oleh-Nya melihat semua itu, sudah pasti ramai yang mahu diri mereka diuji...ganjaran bg kesabaran, ketabahan, ketakwaan hanya Allah yang tahu..

"think positive if u in this situation!!!
u can through it!!!
"

:: Hujan Lagi ::


Alamak hujan lagi...
Abis la basah kuyup..
dah la x bawa baju hujan..
huhuhu...
boleh mandi hujan lagi...
dah lama x mandi hujan...
hehehe...
walaupun hujan kje ttp banyak..
hari2 boleh dikatakan banyak..
bila agaknya nk selesai semua nya..
emm...dah name kje kan so terima je lah

opss..kje x siap lagi..nnt bos marah hehehe

:: Keindahan Alam ::


Andainya ketenangan ini milki kita...
Bertapa aman nyer hidup...
Bahagia nyer hati...
Tenang menghadapi dugaan..
Lancar segala urusan... :)

~#HeHeHe...(^-^)...#~