:: BeRaKhiRnYa 2009~BeRMuLaNya 2010 ::

Emm..diri ini mengaku agak sibuk kebelakangan ini...
dah beberapa hari tidak menjenguk laman ini...
tak tahu la lepas ni berpeluang atau tidak...
meluangkan masa di laman ini...
hari ni 31 Disember 2009..
menghabiskan masa jalan2 bandar KT...
bersama mak su..naik moto je cz jln jem..
huhuhu..lecek naik kete..ssh nk parking..
byk memory tahun 2009...huhuhu..
memory di KT..(Kuala Terengganu..)
bersama-sama family di kampung..
suasana kampung..hidup di kampung..
aku pasti merindui memory ini bt selama-lamanya...
tersemat rapi di dalam hati..ada duka..ada suka...
tahun 2010 membuka tirai perasmian...


:: SaBaRKaH aKu??? ::


"Jika kita meminta kesabaran,Allah akan memberikan ujian & kepayahan dalam hidup untuk kita lalui".
Aku masih ingat kata2 ini yang ditulis asalnya dalam bahasa Inggeris. Benar sekali...setiap kali dalam do'aku, tidak akan kutinggalkan permintaan agar dikuatkan kesabaranku selain iman dan taqwa kepada Allah sejak aku pandai berdo'a.Permintaan ini sudah sebati dan akan lahir dgn spontan dalam setiap doaku. Sejak itu jugalah aku menerima ujian demi ujian dalam hidup yang menguji sejauh mana kesabaranku. Makin lama makin berat ujian yang diterima & pernah suatu masa aku hampir tergolong dalam golongan hambaNya yang berputus asa & kecewa. Timbul rasa bahawa Allah sengaja menyiksaku.
Alhamdulillah aku disedarkan olehNya bahawa ini adalah untuk memenuhi permintaanku selama ini iaitu melayakkan diriku bersama golongan as-sabirin ( orang-orang yang sabar). Jika aku menarik diri dari ujian2 Allah, pasti aku tidak akan menikmati kesabaran itu...& bermakna itu berjanggah dgn apa yg kupinta...Seperti seorang pelajar yang bercita2 untuk belajar di universiti tapi tak sanggup menghadapi peperiksaan UPSR , PMR dan SPM. Sudah tentu hasratnya akan kecundang. Jika diteliti, di alam persekolahan pun , makin sukar aras peperiksaannya jika kita ingin meraih kejayaan di dunia .Inikan pula untuk mendapat kejayaan di dunia & akhirat. Bila diingatkan hal ini, jiwaku menjadi kuat semula & terus bersemangat melalui segala ujian hidup. Kucuba memikirkan nikmat kesabaran yang bakal dikecapi melebihi sakitnya ujian yang dilalui. Betapa nikmatnya bila memperolehi pekerjaan & mendapat gaji yang mencukupi selepas berjaya dalam semua kepayahan semasa belajar...Betapa gembiranya seorang ibu yang selamat melahirkan bayinya selepas bersusah payah mengandungkannya...Suatu nikmat yang tidak terucap...& terlalu manis bagi yang melaluinya..

" Selepas kepayahan, ada kesenangan ".
Maksud firman Allah ini sentiasa berkumandang di telingaku dan memenuhi jiwaku.
Aku yakin sungguh2 bahawa ujian yang berat untuk hamba yang kuat & mampu kerana aku amat yakin dgn janji Allah bahawa Allah tidak akan memberati hambaNya dengan sesuatu yang ia tidak mampu menanggungnya. Hal ini menambahkan kekuatanku untuk teruskan kehidupan ini. Bila ditimpa ujian & musibah, aku cuba rasakan bahawa Allah sedang melihatku & tidak meninggalkanku sendirian...Bahagianya sentiasa dalam perhatian Allah dan dekat dengan Allah.
" Ya Rabb, kuatkan iman & taqwaku,tingkatkan kesabaranku dan kurniakanlah kebaikan kepadaku di dunia & di akhirat". Amin ya Rabbal 'alamin

:: SeVeN WonDeRs ::



Bertapa besarnya Kuasa Tuhan yang menganugerahkan kita sebagai hambanya,
akal dan fikiran sehinggakan hambanya mampu mencipta dan mereka benda
yang di luar kemampuan, semua itu adalah KekuasaNya yang memberi ilham....
Maha Suci Allah Yang Maha BerKuasa Lagi Maha Mengetahui...Subhanallah..

:: SaLaM MaaL HiJRaH ::


Tahun ni sambut maal hijrah hanya di rumah...
seperti biasa baca doa akhir dan awal tahun..
semoga semua perkara y terjadi tahun 1430H...
menjadi iktibar pada diri ini...aminnn..
SALAM MAAL HIJRAH 1431H/2009

:: CiNTaLaH iLLaHi ::

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu kan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia kan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi


:: EnGaGeMenT & ConVoCaTioN ::


Pertunangan Sepupu Sebelah Mak...
Nurulhuda Ab. Wahab (Terengganu)
& Mohd Fadhil (Hulu Langat)


Konvokesyen Adik No.3...
Mohd Rahim Ab Rahman...
PSMZA (Dungun, K.Trg)

:: SaNTai2 WiTh FmLy ::




masa ni g jalan2 kat lata belatan..watterfall..mkn pg kt sna..
ondway balik ikut jln pantai..singgah makan tghari kt pantai..
pastu singgah kt TTI (Taman Tamadun Islam)...
first time bwa mak g jln TTI..huhuhu..
last..naik paddle boat...lenguh kaki mengayuh..
balik umh terus tido seme...Zzzz...

~#HeHeHe...(^-^)...#~