:: HaPPy AnNiVerSarY ::


Alhamdulillah..genap setahun diri ini alam pekerjaan....

Terima kasih kepada semua warga UTBP di atas
tunjuk ajar kalian.... :-) jasa kalian tak kan diri ini lupakan...

:: ReNunGaN BuaT HaWa ::

Renungkanlah Hawa

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

:: EnD oF The YeARs 2010 ::






I LiKe D All MeMoRy HeRe!!!!.....Miss U All!!!.....MuuAAhhhh!!!!
LOVE U ALL FOREVER....(*V*) //peace 2..
*mood:Happy Sesangat2...hiks3

:: BerSaBaR...DeMi ReDHaMU.. ::


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita?
Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya. Allah ada jawapannya...

:: SaLaM MaaL HijRaH ::



Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada kalian semua....
semoga penghijrahan kita diberkati Allah....
Amin....


:: Al-FaTiHaH..... ::

Hari Raya Adiladha y ke-3 hari tu...dlm kul 6.30pg...
kami dikejutkan dgn berita y sedara mak sakit tenat..
kami panggil dia Bak'...kami mmg rapat sejak dr kecik lg...
Bak' mmg dah lama sakit...kata mak sakit asma..
sakit asma Bak' makin melarat pas dia balik dr menunaikan haji...
biasa Bak' tak suka pergi hospital tp kali ni hospital tmpt nyer...
bila mane kami smpi...Bak' dah di bawa ke hosp...
ditempatkan kt ICU...dah tak sedarkan diri..
bernafas pun bergantung pd mesin oxcgen...
tu pun dgr mak y bercerita sbb mak y masuk kt ICU...
(Dulu pernah gak msuk kt ICU...masa tu pun sedara mak jgk...
nama dia Mak Ngah Amir...sakit jantung...dah tenat...
tak lama pastu dia meninggal...pengalaman y cukup bermakna..
bila berhadapan dgn org y sdg bertarung gn sakaratul maut..)
semua sedara mara dtg bertnya kaba...ramai y tgu kt luar...

keesokannya mak gan saya pergi lg melawat Bak'...
dah ditukarkan tmpt...kali kt CCU lak...
ramai nyer org.susah tul nak masuk..kena kawal oleh guard...
alih-alih mak je y masuk sbb dah smpi dekat waktu habis melawat...
menurut doktor...bkn masalh asma tp jantung...
dr asma pergi ke jantung...kesan dr asma y terlalu lama...
menyebabkan jantung menjadi lemah dan sukar berfungsi...
dan semalam jam 11.57mlm dpt msj...Bak' dah xde...
telah kembali ke Rahmatullah...setelah hampir 2minggu terlantar kt hosp...
Al-Fatihah buat arwah Bak...semoga arwah dicucuri rahmat...
last jumpe Bak'....masa raya aidilfitri...tu pun dah lewat malam...
tp kata mak jumpe org y tak sihat dulu...
y sihat bila2 masa kita leh jumpe...y sakit terlantar tu...
mak selalu berpesan.."bila dgr de org tau sedara y sakit tu..
cepat2 la pergi melawat...sbb kita tak tau bila kita akan jumpe dia lg...
ntah2 hari ni kita g melawat...sok lusa kita nak g melawat...
dgr2 je dah xde...sekurang2 nyer kita dpt ambil iktibar dr pe y terjadi...
mendoakan agar Allah permudahkan urusan mereka dan menginsafkan kita...
sbb esok lusa kita cam tu jugak...pengakhirannya MATI..."

***p/s : sebelum ni citer pasal mak...hari ke-3 tahun lepas mak y berada di tapak Bak...tp tahun ni Bak' y menggantikan tmpt mak...Allahuakbar....Besarnya KuasaMU...dalam citer mak...de citer ttg arwah Abg Lie(anak Bak')...situasi y lebih krg cam Abg Lie...tahun demi tahun...kehilangan saudara mara....semakin jauh terasa...:(
KeMaTiaN iTu TerLaLu HamPiR DgN KiTa....

:: SaNaH HiLWa To Im & Izz ::


http://orkutluv.com/  graphic comments-Sweet Birthday
happy birthday animation myspace

to mohd rahim & nurul izzah

miss u so muchhh......
from ur sister
:-)
sory kakak malas nak coret pjg2...
sekadar Doa dari kakakmu...

Ya Allah...
Kau panjangkanlah usia adik-adikku..
agar lebih lama mereka dapat mentaatiMu...
Jadikanlah kehidupan mereka sebagai ladang...
moga di akhirat kelak mereka mengutip hasilnya..

Ya Allah...
tambahkanlah amalan mereka di saat bertambah usia mereka...
jadikanlah cahaya Mu menyinari jalan mereka...
Rehatkanlah mereka dalam rantaian zikir Mu...
Sebagai tanda cinta mereka padaMu

Ya Allah...
Kau tidak mensia-siakan segala usaha mereka...
Mencari haruman Syurga ciptaanMu...
Tempat rehat dan Nikmat abadi...

Ya Allah...
jadikanlah mereka insan y soleh dan solehah...
mentaati Mu dan kedua ibu bapa mereka...
Semoga Allah sentiasa memberkati kalian dalam apa jua urusan...

Aminnn....

~#HeHeHe...(^-^)...#~