:: SaKiT ::
Aku bersyukur pada Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk beribadah, bermain, berseronok, sihat tubuh badan, bergelak ketawa dsb. Tidak semua orang dapat menikmati kurniaan ini. Hari ini kita dapat berjalan-jalan, boleh makan apa sahaja y kita inginkan, boleh bersolat jemaah bersama-sama, bergelak ketawa, berkejar kejaran bersama adik beradik, pergi berkelah bersama keluarga...tapi pernahkan terlintas di fikiran kita andai esok kita terlantar di katil atau di tikar tanpa mampu menguruskan diri, makan terpaksa bersuap, mandi perlu diuruskan, nak ke tandas pun perlu dipapah...mungkin kita fikir bukan ini yang aku pinta...kenapa jadi begini...kenapa semua ini terjadi pada aku...apakah dosa yang telah aku lakukan sehinggan aku ditakdirkan jadi begini...pelbagai soalan menerjah di fikiran kita...akhirnya kita berkata agaknya inilah takdir hidup aku...meneruskan hayat terakhir di katil ini...hanya mata mampu berkelip...hanya air mata mampu aku alirkan...ahhh...besarnya dugaan hidup aku...dalam tempoh terdekat ini..aku menziarahi saudara sebelah emak yang sakit disebabkan tidak dapat makan...hanya air menjadi makanan nyer..ahh..sayu nyer hati tak kala melihat sekujur tubuh terbaring di atas toto... sebelum ini keadan nyer tidak la seteruk itu...masih mampu bangun sendiri, solat sendiri, bergerak sendiri...sungguh tabah dia mengharungi dugaan hidup nyer...dan sekarang dia tidak mampu melakukan semua itu lagi..keadaan nyer bertamabah teruk...kalau dulu dia masih mampu uruskan diri akan tetapi sekarang dia perlu bergantung kepada pampers....hanya minum air...sudah lama perut nyer tidak mengenal nasi...kalau dulu tubuh nyer gempal tapi sekarang tubuh itu sudah kurus kering...andai dilihat itu bukan dia..jauh berbeza dengan dahulu...kalau dulu periang, riuh dengan suara nyer setiap kali balik kampung mak tapi sekarang hanya dapat melihat muka yang cekung, pucat dan tidak bermaya...tapi dia bertuah kerana mempunyai isteri yang cukup kuat semangat mengharungi segala dugaan hidup bersama suami tercinta...dan anak-anak yang masih kecil masih tidak mampu mengerti apakah penderitaan ayah yang sedang sakit, apakah pengorbanan mak yang setia menjaga ayah tidak kira siang atau malam...walau penat bekerja di siang hari dan malam pula menjaga suami tercinta bersama menjaga anak-anak...tak dapat aku bayangkan bertapa perit nyer cabaran hidup mereka sekeluarga...Ya Allah, Engkau Rahmatilah mereka sekeluarga, Engkau ampunkanlah dosa-dosa mereka, Engkau permudahkanlah urusan mereka,AMIN....
p/s : Salam Takziah Buat Mohd Hayat Dan Keluarga
p/s : Salam Takziah Buat Mohd Hayat Dan Keluarga
Post a Comment