:: SaLaM aiDiLFiTRi 2011::

design for Hari Raya 2011

Dengan seikhlas hati,
sy memohon kemaafan kpd keluarga tercinta..sanak saudara..
teman-teman...kpd pembaca y sudi berkunjungi ke ruangan ini...
dan semua kenalan-kenalan yang mengenali diri ini...
Selamat Hari Raya..maaf zahir & batin..

*** seronok dpt berkumpul bersama-sama dgn keluarga...hehehe***

:: SuRaH Al-QaDr ::

Surah Al-Qadr yang terdiri dari 5 ayat adalah surah ke-97 dalam Al-Quran yang terletak setelah surah Al-'Alaq. Surah ini tergolong Makkiah yang diturunkan setelah surah 'Abasa pada tahun ke-4 setelah bi'tsah.

Ia Al-Qadr, diambil dari kalimat Al-Qadr yang disebutkan dalam ayat pertama surat ini. Diriwayatkan dari Rasulullah Saw, bahwa barang siapa yang membaca surah ini, akan mendapatkan pahala orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar.

Terjemahan ayat :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan ruh dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

*****************************************************************************************************************
Setiap kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui malam yang cukup istimewa, Malam Lailatul Qadar. Dimana menurut banyak keterangan bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Dimana dimalam itu lebih baik dari seribu bulan, dengan kita beribadah dimalam tersebut. Dan bukankah disetiap hari itu baik, asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar sering di sebut malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan ibadah dimalam tersebut pahalanya sama dengan ibadah seribu bulan.

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
(al-Qadr: 1-5).

Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
" Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau."

:: CerGaS Di BuLaN RaMaDHaN ::

Bersenam ringan ketika berpuasa

BERSENAM antara aktiviti yang boleh menurunkan berat badan selain mendapatkan bentuk badan menarik. Namun, sepanjang Ramadan, rata-rata umat Islam berhenti seketika melakukan aktiviti riadah dan bersenam berikutan waktu yang tidak sesuai, selain memerlukan tenaga yang banyak.

Ketibaan Ramadan, sebenarnya masa yang sesuai untuk menurunkan berat badan bagaimanapun ia bergantung kepada corak dan cara pemakanan ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak kira bagaimana caranya kita berpuasa, kira-kira 90 peratus daripada kita akan mengalami kekurangan berat badan kerana pengambilan kalori harian lebih rendah daripada biasa.

Bergantung kepada Basal Metabolic Rate (BMR), ada yang mampu menurunkan sehingga 10 kilogram (kg) berat badan tetapi jumlahnya amat sikit. Namun, umat Islam disarankan mengurangkan sebanyak satu kg dalam seminggu atau sejumlah lima kg secara keseluruhan, termasuk melakukan senaman ketika bulan puasa.

Dianggarkan mereka yang berpuasa akan menggunakan kurang 40 peratus kalori daripada biasa. Dalam sehari biasanya umat Islam mengambil tiga hidangan iaitu berbuka puasa, makan tengah malam serta bersahur. Ia bagaimanapun boleh menjana lebih banyak kalori dalam satu hidangan berbanding ketika bukan bulan puasa.

Pakar pemakanan dan juga pelatih peribadi, Kevin Zahri, berkata bagi menjaga kecergasan dan mengekalkan tahap kesihatan badan, senaman masih boleh dilakukan ketika Ramadan tetapi ia harus lebih ringan dan tidak keras seperti biasa, antaranya latihan kecergasan kardiovaskular.

Latihan berkenaan serupa dengan latihan yang dilakukan oleh atlit sukan yang mengalami kecederaan bagi mengekalkan tahap kecergasan.

“Selain itu, senaman lain yang boleh dilakukan ketika bulan puasa ialah berenang, golf, berjoging perlahan, berjalan pantas, tenis atau apa saja latihan yang tidak melemahkan badan. Namun, setiap senaman yang dilakukan kita pasti akan mengalami dehidrasi, jika cecair dalam badan keluar dan akan memburukkan keadaan. Jika anda mengalami tanda awal dehidrasi, letih dan kekurangan air, disarankan berhenti dengan segera,” katanya.

Bagaimanapun, Kevin mengingatkan supaya latihan senaman tidak dilakukan untuk beberapa hari pertama puasa kerana badan belum dapat menyesuaikan dengan proses berpuasa.

Bersenam selepas berbuka? Kata Kevin, ia boleh dilakukan tetapi perlu memberi masa seketika untuk proses penghadaman bergantung kepada apa yang dimakan Jika makan banyak seperti cara bufet, kita memerlukan masa sehingga 60 minit untuk pencernaan tetapi jika makan sedikit dan ia pantas dicerna, mungkin hanya perlu masa antara 20 minit dan 30 minit.

“Kita boleh menekankan latihan berat badan selepas berbuka puasa. Latihan berkenaan memerlukan banyak tenaga yang datang daripada makanan. Tanpa makanan, badan akan memecahkan tisu otot dan tidak akan membantu kerana latihan berat badan adalah latihan untuk membina otot.

“Apa saja yang dilakukan sedikit sebanyak dapat membakar kalori. Antaranya berjalan di bazar Ramadan, membeli-belah, memasak, membersihkan rumah mahu pun bersahur, yang memerlukan kita bangun pagi, memberus gigi, ini juga mampu membakar kalori.

“Solat terawih juga adalah satu senaman yang berkesan selepas berbuka puasa. Melakukan solat terawih sehingga 20 rakaat mampu membakar 80 kalori (bergantung kepada berat badan dan juga tempohnya) selain meluangkan masa dan tenaga dengan berjalan ke masjid mampu membakar lebih kalori dalam badan,” katanya.

Selain bertindak sebagai pelatih peribadi, Kevin yang juga seorang pengacara rancangan turut menawarkan buku elektronik membabitkan pelbagai panduan menurun dan menaikkan berat badan. Maklumat itu juga boleh diperoleh di laman webnya www.kevinzahri.com.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak.

1)Di samping manfaat fisiologi badan,

2)ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi.

3)Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa.

4)Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga
setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.


:: iFTaR Di PuTRaJaYa ::


Alhamdulillah...niat tuk iftar di masjid permudahkan...
masjid y selalu menjadi persinggahan...Masjid Putra...
seperti biasa tetamu2 selalu ramai hinggalah waktu hendak iftar..
tetamu2 y hadir terdiri dari pelbagai..arab, india, pakistan..dll
sebelum masuk waktu iftar...msg2 menghabiskan masa dgn membaca Qalamullah...
dpt dilihat sekitar ruang msjd..di tepi2 dinding..di tiang2 tengah..
msg2 dgn penuh khusyuk membaca Qalamullah..sehingga pengumuman tuk iftar..
tuk iftar ad y membawa bekal sendiri dan akan sama2 iftar gn tetamu lain...
berkongsi juadah menjadi kemestian...tiada sikap mementingkan diri...
juadah itu sudah pasti cukup tuk tetamu2nya...InsyaAllah..
menunggu waktu iftar dan sama2 iftar..disamping berkenalan dgn tetamu lain...
masa iftar hnya berjuadahkan beberapa biji kurma dan sepotong kuih..serta air..
suasana iftar memang meriah...terdengar riuh rendah suara kanak2 riang waktu iftar...
seronok agaknya dpt iftar beramai-ramai...tak terkecuali jgk..suara2 bayi..
pelajar-pelajar ipta...tak melepaskan peluang menikmati suasana iftar...
selesai iftar...tetamu2 akan bersiap2 tuk solat maghrib berjemaah bersama2..
secara sendiri mereka tahu pe y harus dilakukan...seperti selalu..
selesai solat maghrib..barulah tetamu2 semua dijamukan dgn hidangan nasi dan pelbagai...
seusai menjamu selera...berkemas ala kadar dn msg2 bergegas utk ke bilik wuduk...
tuk meneruskan aktiviti malam dgn berterawih bersama-sama...
begitulah suasana di Masjid Putra pada setiap tahun...


tak terkecuali juga suasana iftar di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin..
yg jgk menjd sbg tmpt persinggahan kami selain di Masjid Putra...
cuma suasana agak berlainan sedikit...tp tetap dipenuhi oleh tetamu2 dn kanak2...
agak hening dan tenang...lebih kpd konsep santai-santai...
di mana yg membawa ahli keluarga blh berbuka bersama-sama...
ayah, mak, kakak, abang, suami isteri, ank2 blh sama2 menikamti juadah..
dalam kolompok msg2...berbekalkan juadah msg2..lebih kpd kekeluargaan...
sebelum waktu iftar...doa akan dibacakan dan di amin kan beramai-ramai..
seperti di Masjid Putra jgk..kurma dan kuih menjadi hidangan iftar...
solat maghrib berjemaah dan menymbung menikmati juadah iftar..
sehinggalah tiba waktu isyak..msg2 bersegera tuk solat isyak berjemaah dan berterawih...
berimamkan sheikh y dijemput dr syiria..mengasyikkan para jemaah dlm berterawih...
sehingga ke akhir solat terawih...jemaah masih ramai...subhanallah...
suasana amat tenang dan damai...bertemankan angin y bertiup sepoi2 bahasa...

itulah pengalaman iftar di Putrajaya...setiap tahun pengalaman yg berbeza2..
syukur krn diberi peluang olehNya menikmati suasana di bulan Ramadhan ini..

:: SanDaRaN HaRaPaN ::

Aku putus harapan...
Keliru memikirkan pada siapa harus ku sandarkan....
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan....
Pada Mu Oh Tuhan ku mohon pimpinan....

Telah sekian lama ku semaikan....
Cinta dan kesetiaan...hanya pada insan...
Namun kini yang kutuai...
Hanyalah kesedihan...
Dilukai oleh cinta yang memeritkan...

Aku...diburu kenangan silam...
Di kala...leka dibuai percintaan...
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan...
Semuanya tersasar dari landasan...

Ya Allah...telahku mungkiri...
Janji-janji pada Mu...
Ya Allah...telah ku khianati segala amanah Mu...
Bagaimanakah untuk ku kembali...
Kembali padaMu...
Mendapatkan kepercayaan Mu...oh Tuhan...

~Seharum Kasturi Wangian Syurga~

:: RinDu Yg MenYaPa ::


yg tiada di dlm gmbr ini hanyalah ayah dan adik izah...

Ya Allah...rindu y menyapa adalah anugerahMu bt diri ini....
Terima kasih Ya Allah...terima kasih...ats kerinduan ini....
di kala ini...di saat ini hati ini amat merindui kalian semua...
utk sama-sama berkumpul...berdiskusi...berjaulah...

***p/s: hadirnya tanpa dipinta...miss u all so muchhh...so muchhh3x...

:: BiCaRa iLMu ~ TraVeLoG HaJi ::


Hujung minggu, minggu pertama di bulan ramadhan...
dilapangkan masa olehNya utk menatap senaskhah buku...
buku y bertajuk Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (THMSI)...
hasil karangan Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim...
seorang pensyarah di UiTM...berkisarkan pengalaman beliau di Tanah Suci..

buku y dibeli sebelum bulan Ramadhan...sepatutnya sudah khatam..
tp tidak berkesempatan berbicara dgnnya dek kekangan masa...
dibiarkan shj buku itu berbalut kemas tanpa disentuh....
sayu memandang ilmu y tidak sempat dijamah...
setiap hari mencari kelapangan masa berbicara dgnnya...
syukur di atas kesempatan masa hari ini...alhamdulillah...

banyak ilmu y dikongsikan beliau dgn pembaca...
dalam mengkhatamkan bacaan ini...
beberapa kali titisan manik-manik jernih mengalir tanpa disedari...
Maha Suci Allah...bertapa Agung KekuasaanMU...
Ya Allah..ampunilah diriku..Kau berilah hidayah dan taufik..
kerahmatan dan keberkatan dalam kehidupanku...

terasa seperti sama-sama menyertai perjalanan beliau....
mencari keredhaan Illahi....Subhanallah...


*** p/s : Bukan niat diri utk riak, takbur,angguh dgn ilmu ini...
sekadar ingin berkongsi hasil dr pembacaan y tidak seberapa...
Sedang kita hampir dengan Allah, seribu langkah Allah hampir dengan kita...
wallahua'lam..

:: MuTiaRa KaTa DaRi SeOrG SuaMi ::

BUAT ISTERI TERCINTA, kata-kata ini ku syahdukan buat mu, sebagai ingatan dalam kita melayari bahtera menuju ILLAHI :

* Wahai isteriku, janganlah engkau terlampau mencintaiku. Aku hanyalah sekadar makhluk yang tiada daya dan upaya. Aku tidak pernah bisa membelamu, kecuali kalau Allah mengurniakan kekuatan kepadaku.

* Aku tidak akan pernah mampu memberi nafkah kepadamu walau pun satu rupiah kecuali kalau Allah menitipkan rezeki kepadaku.

* Cintailah Allah Pemilik alam semesta ini. Sekiranya Allah mencintaimu, maka niscaya Dia akan memelihara dirimu walaupun aku jauh darimu. Sekiranya Allah menyayangimu, maka Dia pasti membela dan mencukupimu walaupun aku tidak berdaya untuk membela dan mencukupimu.

* Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan Allah kepadaku.


:: MuNaJaT HamBa Yg FaKiR ::


Ya Illahi....
akulah hamba yang fakir.....
di dalam kefakiranku, hamba yang miskin....
di dalam kemiskinanku, hamba yang lemah.....
di dalam kelemahanku....

Sehingga merasa begitu hina di dalam kehinaanku.....
daripadaku pasti akan terjadi...
apa yang layak dengan sifat kerendahan....
kekurungan dan kelemahanku....

Dan daripadaMu Ya Allah.....
terbit segala yang layak.....
dengan kemuliaan dan kebesaranMu....

************************************************************

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan....


***p/s : Ramadhan yang dirindui....
Selamat Berpuasa kpd semua y mengenali diri ini...
Buat mak dan ayah...selamat berpuasa...
nikmatilah rahmat disebalik Bulan Yang Mulia ini...
mudah-mudahan kami (anak-anak) mak dan ayah..
tergolong dalam golongan org2 yang beriman dan bertakwa..aminnn...