:: DiDiKLaH "Dia" SeJaK dLm KanDunGan ::

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah

"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.

Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.


***p/s : Inginkan anak y soleh n solehah tp tidak menghalwakan "dia" dengan aluanan suci ayat-ayat Al-Quran...tidak mendidik "dia" bukan shj dr kecil bahkan sejak dalam kandungan lg...jgn salahkan "dia" pabila sudah besar tidak seperti y kita harapkan....wasalam...(ingatan buat diri sendiri y lupa dan alpha....)

:: BuKaN RinDu iNi Y DiPinTa ::


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi

:: SoLaT JuMaaT....HuKumNya??? ::

Apa hukumnya meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat kerana tidak dibenarkan ketua dengan alasan tidak boleh meninggalkan kerja?

Apakah senarai uzur atau halangan yang membolehkan seseorang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat?

Apa tindakan yang patut dilakukan oleh seseorang yang dilarang meninggalkan kerja bersyif pada saat tibanya waktu menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, dengan catatan bahawa kerja bersyif itu boleh diambil alih oleh orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat, seperti perempuan dan orang yang bukan Islam?

Bagaimana pula tindakannya jika tidak ada orang yang mahu mengambil alih kerja itu?

Apa hukumnya seseorang ketua tidak membenarkan pegawainya yang sedang bekerja untuk pergi menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, sedangkan ketua itu boleh mengambil kebijaksanaan dengan menugaskan atau mencari (mengambil pekerja baru) orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat untuk melakukan kerja berkenaan?

Jawapan:

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu.

Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah: 9)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya:

Maksudnya: “Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (bâligh).” (Hadis riwayat an-Nasa’i)

Tersebut di dalam kitab Mughni al-Muhtâj: “Bahawa syara‘ telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang Islam yang mukallaf iaitu bâligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqîm, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: “Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Tidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama: “Dan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah.” (Kitab Mughni al-Muhtâj: 1/376)

Dan berkata Ibnu ‘Abbas bahawa: “Sembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah.”

Di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid. Imam ar-Rafi‘e juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai keuzuran. (Kitab Mughni al-Muhtâj: 1/376)

Berkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab: “Bahawa tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa yang mendengar seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada sembahyang baginya kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran”. Mereka bertanya: “Ya Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab (bersabda): “Takut dan sakit.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak). (Al-Muhadzdzab: 1/152).

Beliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing.

Daripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit. (Al-Muhadzdzab: 1/131)

Imam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya atau terhadap hartanya atau dia mempertahankan dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya. Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu. (Kitab al-Majmû‘: 4/100)

Maka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya, adalah keadaan tersebut termasuk dalam keuzuran yang diharuskan oleh syara‘, sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana mentaati ketua. Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara yang bukan maksiat dan bukan menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.” (Surah an-Nisâ’: 59)

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Bagi seorang Muslim itu adalah wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perintah itu).” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaklah diingat, bahawa pegawai yang ditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Demikian juga menjadi kewajipan ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat, sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya. Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita mengaturkan orang-orang yang tidak wajib Jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan perempuan ataupun mereka yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari Jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi.

Sekiranya tidak terdapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawai-pegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya: Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain, si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya.

Perlu diingat, bahawa amaran kerana meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat.

Banyak hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi amaran sekeras-kerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang-orang munâfiq dan menjadi sebab turunnya kebinasaan di dunia dan di akhirat.

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Di dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munâfiq.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang Jumaat:

Maksudnya: “Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rujuk al Hadaf Mufti Kerajaan Brunei



***p/s : tazkirah utk hari jumaat....hehehe...(jgn terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa usul periksa...tanpa mengkaji terlebih dahulu..jgn menghukum tanpa menyelidik kesahihannya )..ingatan buat diri y kerdil dan cetek gn ilmuan....:D

:: BesT NyeR DpT MenZiaRaH (",)::


Semalam sy bertemu dgn seorg kenalan...bukan satu unit cuma satu bahagian...
dan dia lbh berpangkat dr sy...huhuhuhu (segan lak sbb jauh beza nyer dia dgn sy...)
tp atas dasar ukhuwah...atas dasar menuntut ilmu...segan sy ketepikan...(^,^)
memandangkan dia baru shj pulang dr mengerjakan umrah selama 2 minggu...
tak lokek bg dia tuk berkongsi pengalaman semasa di tanah suci....
kesyukuran disambut dgn linangan air mata krn dpt menjejak kaki ke rumah ALLAH...
Subhanaallah....teruja sy mendengar cerita dia...spt sy turut serta dalam rombangan dia...
pemergian dia ditemani oleh suami dan anak y msh kecil dlm lingkungan 8 thn dan 2 thn...
pada air mukanya seronok nyer tak dpt digambarkan..2minggu terasa cepat je masa berlalu...
pertama kali smpi ke masjidil haram....terpegun...terasa kaki tak mencecah bumi je...
air mata tiba2 mengalir sehinggakan si anaknya bertanya....

" ibu...kenapa ibu menangis..." pelik si anak melihat ibunya y tiba2 menangis...
td ayah y menangis...skrg ibu lak...terpinga-pinga si anak...
" kamu akan mengerti suatu hari nanti bila kamu dah besar..." mgkin itu kata2 ibu pd si anak...

katanya lagi...tak dpt nak gmbrkan perasaan sebaik shj tiba di tanah suci....
gembiranya seperti bertahun2 tak berjumpa kekasih lama y begitu dinanti-nantikan...
kekasih y betakhta dihati...y teramat dirindui...y mengharapkan pertemuan...
kehidupan di sana begitu indah...hari-hari dipenuhi dgn ibadah...
makan dan minum hanya sebagai alas itu beribadah...
(jangan kalian terkejut sekiranya berat badan menurun sebaik shj balik dr sana...
itulah pengalaman suaminya....terkejut si suami bila menimbang berat badan...
emm...7kg hilang...secara automatik dah slim...hehehe...)
pada masa tu ingatan hanya pd y ESA...andai cara kehidupan ini y selalu diamalkan disamping kerja2 harian...INSYAALLAH....ALLAH akan permudahkan jalan kita ke SYURGA...

pengalaman y sama dilalui oleh teman serumah...y jgk pergi awal sedikit drp kenalan sy..
dalam lingkungan 2 minggu seblm kenalan sy ke sana...
menurut teman sy semasa melakukan tawaf, tangan tak terlepas dr disilang sesama keluarga...
takut terpisah dr ahli keluarga...terlalu ramai spt org mengerjakan haji...
berasak-asak di tengah2 lautan manusia...hinggakan nk berjalan pun tak dpt..
hanya bergerak hasil dr tolak dr belakang...menapak satu persatu..sehingga abis tawaf...
Masyaallah...agaknya begitulah gambaran di padang mashyar...(tak terbyg dek diri y kerdil)
begitu jg y dialami oleh kenalan sy...tuk bertemu semula perlu tetapkn satu tmpt khusus..

menurut kenalan sy semasa sai'e...selepas berlari-lari anak...
terasa bahagian tapak kaki sakit spt memijak pasir...
walha y dipijak itu adalah batu marmar shj...
agaknya itulah keadaan dn perasaan siti hajar semasa berlari2 anak...
mencarikan air tuk si kecil bernama ismail y kehausan...
akhirnya terpancullah air dr tanah berhampiran dgn ismail...
air y skrg kita kenali sebagai air zam-zam...
air itu jugalah y digunakan utk mengambil wudhuk ketika solat di sana...

sebagai penutup kpd penziarahan itu...mereka melakukan tawaf selamat tinggal
lambaian terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia...
air mata jua peneman di kala mereka meninggalkan tanah suci...
begitulah pengalaman dari kenalan dan teman sy...
terpegun mendengar penceritaan masing2...(*v*), indahnya sirahmu Ya ALLAH...
syukur padaMu...krn diberi peluang mdgr cerita KebesaranMU...



***p/s : maaf sekiranya ada cacat cela pd penceritaan ini...sy bercerita berdasarkan pengalaman mereka...mgkin ada y betul dan ada y salah dlm penulisan ini...harap dimaafkan...blh jgk membaca pengalaman kenalan sy di sini...., sy berharap suatu hari nanti sy jugak turut merasai pengalaman seperti mereka ('v')

:: NeeD To ResT (-_-) ::


On this time, i feel so tired and exhausted (T_T)....
feel like my energy is very weak...need to charge (like this pict..huhu)
i try to rest my body...top up my energy...butttt
did not succeed....i need to find a new treatment....
did you have any suggestion for me.....huhuhu...
mood : need more and more resttttt...comfort

:: BerBiCaRaLaH DgN iLMu ::



Alhamdulillah...agak lama tergendala tuk berkongsikan pandangan hasil dari bahan bacaan di atas, pd sy tak rugi pd sesiapa y telah membeli atau terbeli buku ini...(cam sy nie...huhu), blh dijadikan bahan rujukan tuk wanita y telah bergelar ibu, bakal bergelar ibu dan sbg persiapan bakal pengantin dan y masih belum berkahwin krn isinya padat dgn didikkan tuk diri kita terutamanya wanita merangkap penasihat kedua dalam keluarga. Amat besar tanggungjawab y diamanahkan kpd kita seperti kata penulis...

" Kuimpikan rumahtangga....bahagia dalam sederhana, harmoni dalam ibadat, sejahtera dari keluh kesah....

Walau kehidupan bertandang pancaroba, tangan bertaut saling menyokong, salah dan silap dinasihati dengan cinta kebaikan bukan untuk diri, tapi untuk seluruh ahli di dalamnya....

Moga mahligai cinta bersinar indah bukan dek perhiasan mewah, tapi kerana kasih sayang yang berpandukan ajaran-NYA, mencambah sakinah, mawadah wa rahmah.... "


Begitu indah kata-kata ini....tatapan buat semua....terasa indahnya hidup dalam keluarga sedemikian....inginkan kehidupan sebegini harus dimulakan dari diri kita sendiri...kita yang mengubah sesuatu keadaan...INSYAALLAH dgn keberkataNYA kita mampu memiliki keluarga Qurratu'ayun (penyejuk mata), hayati bait-bait kata dari penulis...

" KEBAHAGIAN......menjadi impian setiap insan, lebih-lebih lagi dalam melayari bahtera cinta, Kehadiran suami dan permata hati umpama magnet yang melengkapkan hari-hari yang dilalui...seterusnya menjadikan hidup dibasahi cinta. Pasti bukan hanya cinta yang dicari, tetapi titis keredhaan ILAHI.

( Jangan salah didik, jangan silap asuh. Kelah murka ALLAH tak mampu kita tempuh! ) Itulah warna-warni kehidupan yang digarap oelh seorang 'ummi' dengan sokongan suami tercinta, Ustaz Zaharuddin. Pengisiannya adalah utk mencari kebaikan, saling berusaha mencari kesempurnaan, moga akan terlahirlah mukmim sejati, meraih cinta dan kasih ILAHI.. "


***p/s : semoga blh dijadikan panduan hidup tuk melangkah ke alam rumahtangga...
dalam mendidik insan bergelar permata ilahi.....Baraka Allahu lakuma wa baraka alikuma
wa jamaah baina kuma fee khair.....amin

:: ExTerNaL Sy KeNa ViRuS!!! ::

Alamak....terkedu sekejap bila connect external...
bila klik folder....asyik masuk ke document...klik lg...document jgk...
ermm...nape lak ye...virus kot...(sudah abes maklumat dlm external..)
demam agaknya external ni...scan virus...pc
scan is complete....no virus detected...duh
erm..klu ikutkan maklumat ada tp tak kluar bila klik...
perghhh..pening kepala nk fikir nie...nape cam nie ekk...
dah lah tiba2 folder jd shortcut....tak leh buka folder lak tu...

folder dalam external hilang dan di ganti dengan shortcut

Setelah meng'google' gn en.google....ni hasilnya...

Langkah2nya untuk mengatasinya :

1) Klik pada START >>> RUN dan taip CMD @ WINDOWS+ R
2) Masukkan Pendrive/External anda dan kenalpasti kedudukan device dalam My Computer
3) Anggapkan pendrive/external anda terletak pada f :
4) Kemudian type attrib -h -r -s /s /d f:\*.*
5) Gantikan f: dengan kedudukan pendrive/external anda di dalam My Computer
6) Pastu tekan Enter, tunggu dia run dalam 1 minit je...
7) Ok...dah siap!!!...cuba buka semula pendrive/external...folder anda dah kembali!!!
>>>Note : Anda boleh delete folder shortcut bila dah siap run pendrive/external...
scan n clear kan virus....

Alhamdulillah...semua dah kembali ok...thanx en.google ye...grin
Sebenarnya maklumat dalam folder tu ada...cuma dia jd hidden file je...
tu y tak leh buka...tersembunyi...virus apa..tak tau la sy...
ok...selamat mencuba kpd sesiapa y terkena virus cam sy...yes


***p/s :sy bernasib baik krn external dah kembali ok...sbb semua maklumat dlm notebook de dlm tu....huhuhuh...notebook msh dlm proses repair...sbb problem gn keyboard...kena virus jugak laaaa....(tersilap repair...ter'recovery system'...tetttttttt!!!!!, dah jd cam baru...kena setting balik semua...huahuahua...)

:: UcaPaN uTk MaK ::


MAK.....
Terima kasih kerana melahirkan kakak sbg anakmu...
Terima kasih kerana membesarkan kakak dalam dunia tarbiyyah...
Terima kasih kerana mendidik kakak dalam didikan islam...
Terima kasih kerana membimbing kakak ke jalan perjuangan....
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan, teman & sahabat kakak y setia...
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati kakak....
Terima kasih kerana tidak jemu menasihati kakak y keras hati....
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata2 semangat....
Terima kasih kerana sentiasa di sisi kakak bila saat diperlukan...
Terima kasih di atas segala-galanya MAKKKK!!!........
(i want to hug u every day....comfort)

Ucapan buat Mak sempena Hari Ibu 2011....

:: SaHaBaT...TriMa KaSiH SeGaLa2nYa...(T_T) ::


*******************************************************************************************

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




***p/s : Diri yang lemah dan tak berdaya di atas ujian Yang Maha Esa..hambaMu Redha di atas ujian ini....sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu di duniaMU ini...semoga ujian ini menambahkan lagi ketakwaan dan kecintaanku kpd MU...terima kasih YA ALLAH...sungguh manis ujianMU...

:: WaSiaT TerAkhiR ::

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU