:: AyaH & IbU ::


Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

::ReLaX 4 A MoMeNT ::


Huhuhu...after tired work during this week..this is apparently...if work untill night my works also did not finish...so today (Thursday) is last day work this week...hehehehe...TIME TO REST A HOME...i always waiting this day..huhuhu..
because tomorrow i can relax at home..(^~^)...
Very nice if i can sleep (like a picture).....Zzzzzz...
..

:: HaPPy FaTher'S DaY ::


Hari ini 22 Jun 2009, merupakan Hari Bapa buat semua insan bergelar seorang bapa,tanpa bapa kita tidak akan wujud di dunia ini.....Happy Father's Day to En. Abdul Rahman Yaacob..We always appreciated your sacrificed...(-from your daughter-)


Dan hari ini kita dengar bermacam-macam cerita tentang seorang bapa dipanggil dengan panggilan ayah, papa, bak, baba, daddy, walid dan macam-macam lagi....Ada yang baru bergelar bapa dan ada yang sudah lama bergelar bapa...samada baru atau lama yang penting kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa mendidik kita sehingga menjadi insan berguna pada hari ini...terima kasih ayahku di atas didikkan mu sehingga aku berjaya seperti sekarang...(^~^)


:: A GooD NeWs ::


Congratulation to my brother...(Mohd Rahim)
yesterday I get news that my brother can further study in UTEM, MELAKA
in Mekatraonik coast....
after one year he try to continue study after finish his study in Politeknik Sultan Mizan...and this is present to my father as a
father's day...because he always hope to see his
children are successful


:: NyaMaN (^Y^) ::


Indahnya suasana pagi...

Dapat mneghirup udara yang segar...
Terasa hilang segala tekanan hidup di kota..
Mandi menggunakan air perigi..
Segarnya badan terkena air perigi yang sejuk..
Siap mengemaskan diri...
Dihidangkan pula dengan sarapan pagi..
Menu pagi ini air kopi dengan ubi rebus...
Setelah perut penuh diisi...
Kaki terus melangkah ke bendang...
Mengikut halatuju kaki....
Sambil meninjau suasana kampung..
Emm...banyak yang sudah berubah..
Terpandang aku pada sekumpulan anak kecil...
Bila melihat anak-anak kecil bermain...
Teringat zaman-zaman aku kecil dahulu..
Manis nyer kenangan dahulu...
Bila tiba waktu zohor...
Kami solat berjemaah di surau...
Yang tinggal sekarang hanya golongan tua...
Ke mana perginya pemuda kampung ini..
Ahh..bertuahnya aku dapat berjemaah hari ini..
Kalau di kota sukar melakukan perkara sedemikian..
Selesai solat kami pulang ke rumah..
Dilihat hidangan tengahari sudah siap..
Em..bau yang enak sudah dapat ku hidu dari luar...
Masakan nenek memang tiada tandingannya...
Gulai pucuk ubi membuat aku kecur air liur...
Wahh...enak sungguh hidangan tengahari ini..
Lepas makan aku baring sambil membaca suratkhabar...
Terasa berat kelopak mata ini..
Akhirnya aku tertidur dek perkenakan masakan nenek..
Di waktu petang aku mengikut atuk ke bendang...
Tempat aku menghabiskan masa bersama atuk...
Sambil duduk di pondok yang sudah usang...
Sekali angin berlalu melambai-lambai pokok di situ...
Kelihatan padi sedang menguning..
Cantik sungguh ciptaan Tuhan..
Pada waktu malam atuk mengajar mengaji..
Waktu aku kecil dahulu selalu kena rotan..
Dek malas nak mengaji Al-Quran...
Dan kerana rotan itu jugalah...
Aku menjadi insan berguna hari ini..
Terima kasih atuk..di atas didikan atuk...
Jam 10 aku sudah beradu di kamar..
Sambil melayan siaran radio...
Aku terlelap...terbangun aku mendengar azan subuh..
Itulah KENANGAN SEMASA DI KAMPUNG...

*sedutan : coretan kenangan(putera)

::HaDiaH UnTuK DiRiKu ::


Aku tertarik dengan tazkirah remaja bersama Mohd Zawawi Yusoh..aku aggap artikel ini hadiah unyuk diri sendiri..tapi aku buat keputusan untuk berkongsi hadiah ni dengan rakan-rakan yang aku kasihi..rakan yang turut sama memerlukan hadiah ini..jom ikuti! (^_~)

Tip menghadapi tekanan ialah dengan cara berkomunikasi dengan diri sendiri..

Mulakan dengan...Aku harus bersiap sedia menghadapi hidup ini..apa pun yang terjadi hidup ini hanya sekali..aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna..

Tugasku adalah MENYEMPURNAKAN NIAT DAN IKHTIAR...segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu yang terbaik bagiku..
Aku harus sedar..yang terbaik bagiku menurutku...belum tentu baik bagiku menurut Allah SWT.. Bahkan aku mungkin menuruti keinginan dan harapanku sendiri...

Pengetahuanku mengenai diri aku atau apa pun amat terbatas...sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. DIA Maha Tahu segala yang awal, akhir dan semuanya...

Sekali lagi betapapun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku..Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku..merurut penciptaku..Aku bertawakkal kepadaMu Ya Allah atas segala apa yang telah aku usahakan untuk diriku..Amin Ya Rabbal Alamin..

Justeru itu..aku mesti redha dengan kenyataan yang terjadi..bila sesuatu terjadi inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.. Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan.. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara... Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini...

Apabila nasi susah menjadi bubur...aku harus mencari ayam..kacang..bawang goreng...daun sup..dan sambal agar bubur nasi menjadi bubur ayam istimewa yang akhirnya tetap dapat ku nikmati.. dengan senang hati..

Aku tidak boleh terus menerus menzalimi diri dengan menyusahkan diriku..dengan fikiran buruk..aku harus tenang..yakin..profasional dan tawakkal.. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam yang silih berganti.. Pasti setiap kesenangan ada penghujungnya..bagitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya.. Aku sepatutnya sabar..


"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan". Itu janji yang tidak pernah dimungkiri Allah..
Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku.. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku..atau mungkin detik kenaikan kedudukanku disisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.. Allah satu-satunya penolongku..aku harus yakin..walau bergabung seluruh manusia dan jin untuk menjatuhkan diriku..tidak mungkin terjadi apapun tanpa izinNya. Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allah lah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan..
Tidak ada yang mustahil bagiNya..kerana segalanya adalah milikNya..dan sepenunnya dala kekuasaanNya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hambaNya...Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolonganNya..
Oleh itu..aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekatiNya dengan mengamalkan segala yang disukaiNya.. dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selainNya...kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dariNya..

Aku harus berpegang kepada janjiNya..

"Sesiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya". (QS65 (At-Thalaq):2-3)
Semoga rakan berbahagia berkongsi hadiah ini bersamaku..Amin. (^_~)

Ingatan Dari Seorang Sahabat ~ AIDAYATI HIDAYAH ABDULLAH

:: ?#$* ::


Sometime we feel like that.....

:: QaLaM 2 ::


Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan…..
Iman itu bukan hanya harapan,
ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…


Setiap kita di dunia ini tidak mahu..
memilih jalan yg derita ..
hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.


kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh..bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta


keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..
jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..


zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..
tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..


nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..
tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…
barulah ia bebas melayang…

:: HaPPy HoLiDaYs :: PaRt 1


05062009 - 8.15am - 7.15pm







:: HaPPy HoLiDaYs :: PaRt 2


05062009 - with family








THE END

::PenYiaSat LuAr NeGaRa ::


Kerajaan negeri akan melantik badan perunding bebas dari luar negara yang berkaliber dan berkemampuan dengan segera bagi mengenalpasti punca kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak runtuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, tiba-tiba runtuh dan menimpa beberapa kenderaan berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sedang mencari perunding bebas yang tidak diragui, sebaliknya badan itu dapat diyakini serta berkemampuan termasuk mempunyai prestasi baik, hebat dan berpengalaman dalam menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

Katanya, badan perunding itu tidak diberi tempoh masa tertentu bagi menyiapkan laporan punca kejadian bagi memastikan mereka dapat memberi laporan secara menyeluruh, tepat serta keputusan yang tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Menurut Menteri Besar, Kementerian Kerja Raya turut melantik badan perunding bebas yang berasingan bagi menyiasat perkara itu.

“Kita akan ada dua perunding bebas yang akan menilai (kejadian bumbung runtuh). Sampai satu masa nanti, kita boleh tengok daripada dua ini, kalau ada persamaan, pendapat yang sama boleh terima kalau ada perbezaan mengapa perbezaan ini berlaku supaya lebih selamat dan tidak bergantung kepada satu pandangan perunding sahaja.

“Saya beritahu Dato’ Setiausaha Kerajaan mencari badan perunding yang boleh diharap dan berkemampuan kerana apabila kita buat pemeriksaan, mestilah perunding itu lebih hebat daripada apa yang dia buat,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini, (3 Jun).

Selain itu, Menteri Besar turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat bangunan lain yang baru siap dibina termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Stadium Tertutup Gong Badak dan Kolam Renang di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian itu dan mahu supaya tidakan susulan dilakukan terhadap bangunan baru siap serta dilaporkan mengalami kerosakan bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Dalam mesyuarat exco tadi saya meminta supaya exco kemudahan awam berhubung dengan JKR supaya membuat siasatan terperinci berkenaan bangunan-bangunan yang kita buat,” katanya.

Menteri Besar juga menolak kemungkinan kejadian bumbung runtuh itu berlaku kerana bangunan yang dibuat secara tergesa-gesa, berikutan tempoh masa menyiapkan projek stadium itu adalah mencukupi dan berdasarkan jadual sebenar.

“Kita tidak tahu sama ada kontraktor bersalah, kalau bersalah adakah dia melakukan tidak mengikut spesifikasi, tidak mengikut dari segi teknikal, rekabentuk tidak betul, kiraan tidak betul, atau dari segi badan perunding.Kita tidak tahu terjadi daripada sesiapa dan sebab itu kita mintak supaya siasatan badan bebas dibuat mengenalpasti apakah punca sebenar.

“Kita tidak boleh salahkan sesiapa dan kita terima hakikat ia telah roboh dan perlu adakan badan penyiasat bebas bagi mengenalpasti mengapa ini terjadi,” katanya.

Sedutan Daripada Teg Buletin Terengganu


::KeJaDiaN StAdIuM TrG RuNTuH::




Kita digemparkan lagi dengan berita berkaitan dengan keruntuhan bangunan, sejak akhir-akhir ini banyak kita dengar pasal keruntuhan bangunan yang terjadi di negara kita. Dan tanggal 2 Jun 2009 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Terengganu dan mana-mana pihak terutamanya pihak atasan yang meguruskan pembangunan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu. Bagi pihak JKR Terengganu perkara ini amat memalukan. Stadium yang berusia tidak sampai 1 tahun runtuh jika berbanding dengan stadium lain di negara ini. Mujur tidak ada sebarang kemalangan jiwa hanya sebuah kereta kancil dan motorsikal pekerja sahaja yang rosak teruk. Hampir 60% kerosakkan yang ditanggung akibat keruntuhan itu dan pihak Korea Selatan diarahkan

::CuTi SeKoLaH??? ::


Em hari dah 1 Jun 2009...sedar tak sedar dah setengah tahun berlalu..sekejap je masa berlalu tapi aku rasa banyak benda aku tak laksanakan lagi untuk tahun ini...sekarang ni pun dah masuk musim cuti sekolah...bertambah gembiralah anak-anak buah...dapat bercuti selama 2 minggu..seronok memanjang je bebudak ni...mana y jauh mengambil peluang balik kampung..menjenguk ibu dan bapa...sanak saudara samada yang sihat mahupun yang kurang sihat,,samada yang tua atau yang muda..banyak manfaat dapt diisi di masa tercuti ini...ada sesetengah family mengambil peluang ini pergi bercuti sekeluarga...maklumlah nilah masa untuk bersama..kalau hari biasa masing2 sibuk dgn tugas masing2...paling famous kalau time cuti sekolah...majlis kahwin...fuhh sampai tak terbilang kad jemputan yang dihantar...mahu mengalahkan kad hari raya...dasyhat tul....kalau time camni la juga jalan raya bukan main ramai pengunjung...selalu je jem...itu lah penangan musim cuti sekolah...perlu berhati-hati...budak-budak pun punyai lesen besar...bawa kenderaan pun kene berhati-hati...dan tarikh ini juga family aku mengadakan gathering kecil-kecilan tak la sebesar hari raya...mana yang berkesempatan dapat la datang..boleh la jugak berjumpe mane yang dah lama tak berjumpe tu...tapi gathering sebelah mak sahaja..keluarga ayah ngah & mak ngah, keluarga ayah cik & mak cik dan keluarga ayah da & cek da...kebetulan hari ini ada jamuan sambut menantu kt kampung mak so diaorang dapat la datang...tp aku tak dapat pergi jamuan tu sbb keje...huhuhu...balik just makan nasi kt umah je..lagi pun hari ini satu hari aku kacau seseorang samapi ke petang...huhuhu..boring sangat ..sambil2 siap keje kacau orang...nasib baik orang tak marah....kalau marah padan gam muka aku...huhuhu...emm...tak sedar dah lewat malam...tak perasan syok sgt mencoret memori....k wassalam