Hati keliru bila menghadapi masalah, boleh dikatakan setiap hari ade saje masalah, entah bila semua kemelut ini akan selesai, yang pasti setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, cepat atau lambat sahaja. Kadang-kadang pening memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa tp bila diri ini mendengar masalah seorang hamba Allah ini, terkedu sekejap, rupa-rupanya ada lagi insan yang mempunyai masalah lebih besar dari diri ini. Hebatnya Kuasa Tuhan menduga manusia dengan pelbagai masalah. Andai diri ini di tempat hamba Allah itu, belum tentu diri ini dapat mengatasi masalah yang dilaluinya. Hilang sekejap masalah diri ini apabila mendengar masalah insan lain. Peritnya hendak melalui jalan kehidupan yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah bagi setiap insan yang bernama manusia. Runtuh hati dan perasaan apabila insan itu diperlakukan sedemikian. Dia masih sedar siapa dirinya, masih ingat dari mana asalnya dan dia bersyukur kerana dikurniakan kesenangan hidup tapi apa makna semua itu apabila diri sendiri tidak dapat mengecapi kebahagiaan. Apa gunanya bersikap hipokrit, dilihat orang bahagianya dia akan tetapi gelora dihati tiada siapa yang tahu. Sayu hati mendengar semua itu. Menitis air mata ini tanpa disedari. Kenapa terlalu sukar bagi keluarga mertuanya ingin menerimanya, salahkah dia berasal dari seberang, buruk sangat ke perangai orang seberang. Bertapa kolotnye pemikiran keluarga mertuanya. Tidak semua orang seberang bersikap demikian. Jangan dek kesalahan seorang kita menghukum semua. Dan jangan pula dek rupa paras yang cantik itu melambangkan peribadi yang cantik. Tidak semua manusia sempurna pasti akan ada cacat celanya. Terimalah takdir Allah dengan hati yang redha, Insyaallah andai kita redha dgn Allah, Allah pasti akan redha dgn kita...bertawakallah kepada Allah...Tuhan Yang Memiliki Segala Kebesaran...