: : MuHaSaBaH DiRi : :


Kadang-kadang kita terfikir kenapa apa yang kita impikan tidak tercapai,
Kadang-kadang sukar bagi kita hendak menerima ketentuan Illahi,
Terlalu lemah kita sebagai umat yang bergelar manusia,
Terlalu kerdil untuk berfikir semua yang terjadi.

Mungkin kita terlalu banyak dosa,
Mungkin kita alpa dengan nikmat kurniaan Tuhan,
Sehinggakan kita lupa padaNya,
Sehinggakan kita dihukum sebegini.

Terduduk seketika diuji olehMu,
Termenung seketika merenung semua ini,
Terkeduk muka memikirkan keadaan,
Terfikir kita insan yang sangat lemah,
Terlalu lemah hamba mu ni Ya Allah.

Cuba fikir baru diuji sedikit sudah terduduk,
Cuba fikir kesusahan yang dilalui oleh para Rasul dan sahabat,
Cuba fikir kejayaan yang dimiliki oleh Baginda,
Cuba fikir kita baru diuji dengan masalah diri, keluarga n sahabat
Cuba fikir sejauh mana baru kita mencapai kejayaan.

RENUNGILAH BERSAMA-SAMA...

0 Responses