:: CeRiTa CiNTa ::


PROLOG


Aku mencari seorang insan benama lelaki
Untuk menjadi pembimbing diri,
Di kala hati masih kosong tidak berisi,
Ajarlah aku amalan terpuji.

Pastinya dirimu menjadi contoh dihati,
Bagi seorang wanita bergelar isteri,
Mengajar semua ajaran Illahi,
Supaya hidup akan diberkati.

Bukan darinya kekayaan yang aku cari,
Apatah lagi ketampanan yang kuimpi,
Aku sekadar mencari cinta sejati,
Bagi meneruskan hidup di alam realiti.

Kesetiamu menjadi kunci,
Dalam kita menlayari hidup-hidup sehari-hari,
Terlalu banyak kita diuji,
Pastinya rumahtangga bertambah seri.

Bila dirimu tiada di sisi,
Aku menjadi resah sendiri,
Sudah pasti aku menghitung hari,
Kerana kepulangmu yang ku nanti.

Hanya padamu Tuhan aku memohon simpati,
Temukan aku dengan pasangan yang berbudi pekerti,
Kepada keluargaku sanggup dia berbakti,
Demi menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Seandainya dia jodoh yang telah tersurat daripada Illahi,
Aku menerima dengan senang hati,
Harapanku biarlah aku menjadi miliknya yang abadi,
Walaupun pelbagai rintangan harus ku tempuhi.

- Anis Zainol -
0 Responses

~#HeHeHe...(^-^)...#~