"Dalam Kita Melangkah Terkadang Diuji Degan Pelbagai Dugaan Sehinggakan Kita Terduduk Dan Menangis Akan Tetapi Ketahuilah Dan Renungilah Ke Dalam Diri Krn Mungkin Air Mata Tika Hadir Krn DIA Mahu Kita Menjahit Kembali Sejadah Iman Yang Telah Terkoyak Lantaran Ada Langkah Kita Yang Tersasar Dari Landasan Keikhlasan"
~"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya..."~
*********************************~"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya"~
*********************************
~"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"~
Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.
Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.
Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis
Tahniah...