:: PLeaSee...(-_-).. JgN TggLKaN SoLaT ::
Akibat Meninggalkan Solat
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah....7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita....Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan...15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah.
MasyaAllah....sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renung-renungkanlah berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renung-renungkanlah juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah....
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Allahuakbar!!!...Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu dan bapa saya sendiri. Tak sanggup rasanya membayangkan perbuatan ini...
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Wahai Sahabatku sekalian.....mampukah kita membina bumi lain selain dari Bumi Allah ini....sesempurna Bumi Allah...ke mana lagi kita hendak pergi kalau Allah sudah tidak redha dengan kita..(bayangkan kalau tuan rumah yg kita duduki...yg kita menyewa...menghalau kita dari rumah nyer...mcm mana perasaan kita pd masa itu...sedihkan..dihalau pergi...tp lg sedih kalau Allah y tidak menginginkan kita lg di bumiNya ini.......Nauzubillahiminzaliq...minta-minta dijauhkan..)ketika anda membaca artikel ini anda masih lagi diizinkan menyedut udara untuk bernafas secara percuma... Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Andai Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI SAHABATKU.....
***p/s : Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Aku menyayangimu sebagaimana aku menyayangi diriku...tolonglah wahai sahabat2 y aku sayangi....y aku kasihi...JANGAN TINGGALKAN SOLAT...Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidurmu...bangunlah dari lenamu...bangunlah dari keasyikanmu...INGATLAH.... Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.
Post a Comment