:: PeNaT??? ::
Manusia manakah yang tidak pernah merasa penat? Sekiranya ada yang tidak pernah terasa penat, kemungkinan besar dia bukan manusia. Saya berani menyatakan demikian kerana manusia memang telah disifatkan oleh Allah yang Maha Pencipta dengan sifat penat, semenjak daripada kejadian manusia yang pertama.
“sesungguhnya kami telah jadikan manusia dalam kepenatan” (al-Balad;4) Dalam sesetengah terjemahan, “kabad” di terjemahkan sebagai menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).
Benarlah janji Allah.
Manusia kepenatan dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Pernah dengar ada orang yang penat makan, penat tidur, penat bermain, penat berhibur, penat bekerja dan lain-lain aktiviti yang akhirnya menjadikan seseorang itu penat. Adakah satu aktiviti yang tidak menjadikan sesorang itu penat? Walau seminat mana pun seseorang itu dengan sesuatu aktiviti, dia akan tetap penat. Dia akan perlukan rehat, perlu berhenti daripada aktiviti itu dan memulakan sesuatu aktiviti lain. Cuma satu jalan keluar daripada kepenatan. Mati. Itupun kalau kematian itu kematian yang baik. Jika tidak, akan lebih penatlah lagi.
Persoalannya, apakah yang memenatkan anda? Berbaloikah kepenatan itu? Ke manakah kepenatan itu akan membawa anda?
Berpenatlah dalam perkara yang menjanjikan keamanan di alam yang kekal. Tujuilah kerehatan yang abadi!
Post a Comment