::TerPaTRi iKaTaN SuCi - sLmT HaRi LaHiR ::
Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada di atas katil.
"Sayang, selamat hari lahir."
Aisyah tersenyum.
"Terima kasih, abang."
Amir berkata kepada isterinya, "abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."
Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
"Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?"
Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.
"Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta."
Aisyah membuka matanya.
"Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut hadiah, ya."
Aisyah membuka balutan hadiah.
"Wah, ada buku untuk Aisyah. Terima kasih, abang. Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. Sayang memang suka membaca buku."
Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya, "sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"
Aisyah memandang suaminya. Amir meneruskan kata-katanya.
"Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali. Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya. Sayang amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini dan sayang akan mendapat lebih banyak manfaat dalam hidup sayang."
Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil membelek-belek buku yang diterima itu.
"Ada kad di dalam buku ini."
Amir bertanya kepada isterinya, "kad daripada siapa, sayang?"
Aisyah memandang kad itu.
"Kad ini datangnya daripada suami Aisyah yang amat Aisyah cinta. Terima kasih, abang."
Amir bertanya kepada isterinya, "Aisyah suka dengan hadiah daripada abang?"
Aisyah memeluk buku yang diterimanya itu dan menjawab,
"Aisyah suka sangat dengan hadiah ini dan Aisyah sayang sangat kepada pemberi hadiah ini."
Amir bertanya lagi kepada Aisyah.
"Abang gembira sangat kalau dapat melihat Aisyah gembira. Sayang, sayang sudah tidak mahukan hadiah lain? Cukupkah sekadar dengan buku dan kad itu sebagai hadiah hari lahir sayang?"
Aisyah menjawab, "cukuplah dengan kasih sayang dan cinta daripada abang sebagai hadiah untuk Aisyah."
Amir tersenyum dan berkata, "betulkah sayang sudah tidak mahukan hadiah yang lain? Kalau macam itu, siapa pula yang mahu memakai gelang emas ini?"
Amir mengeluarkan seutas gelang emas daripada poketnya dan menunjukkannya kepada Aisyah.
"Abang mahu menghadiahkan gelang emas ini kepada isteri abang, tetapi isteri abang sudah tidak mahukan hadiah lagi."
Aisyah terdiam sebentar dan memandang gelang emas itu. Air mata tergenang di mata Aisyah. Aisyah menangis.
"Abang, Aisyah cintakan abang. Aisyah sayang sangat kepada abang."
Amir hanya tersenyum dan berkata kepada isterinya, "sayang janganlah menangis. Sayang menangis sebab bimbang kalau abang bagi gelang emas ini kepada orang lain, ya? Gelang emas ini memang untuk Aisyah. Abang tidak akan bagi kepada orang lain. Aisyah janganlah bimbang."
Amir memberikan senyuman kepada isterinya dan Amir merapati Aisyah.
"Sayang janganlah menangis. Air mata sayang lebih mahal daripada gelang emas ini. Selamat hari lahir, sayang."
Aisyah menyapu air matanya dan memberikan senyuman kepada suaminya.
"Terima kasih, abang."
Amir memakaikan gelang emas itu ke tangan Aisyah.
"Alahai, cantiknya isteri abang. Selamat hari lahir, sayang. Semoga seluruh umur kita akan diberkati oleh Allah dan semoga rumah tangga kita sentiasa diredhai oleh Allah."
p/s:Inilah monolog perjalanan yg dilalui bersama suami tercinta..terpatri cinta suci y dihalalkan buat diriku dan suamiku..di hari bahagia sempena hari kelahiranku..melayari perjalanan bahtera rumah tangga...semoga Allah meredhai rumahtangga y kami bina...terima kasih Ya Allah krn diizinkan olehMu kami menikmati cintaMU...amin Ya Rabbal Alamin...
Post a Comment